icon-search
icon-search
car seat subsidy 2023 Mamaland babystore

mamalandmalaysiacarseatsubsidicontact.png


Car seat subsidy MYCRS 2023 (Mamaland)

Adakah anda ingin membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) dengan harga yang lebih mampu milik?


Ingin membeli sebuah kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) yang betul-betul sesuai, selamat dan selesa tetapi tidak tahu macam mana nak pilih?


Terlalu banyak pilihan kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) dalam pasaran dan semua pun dikatakan bagus dan telah memenuhi piagam keselamatan ECE, CCC dan sebagainya.


Inilah antara salah satu sebab kerajaan Malaysia telah melancarkan Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (MyCRS) dengan tujuan membantu ibubapa untuk membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) dengan kedai bertauliah supaya anda dapat memilih kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) dengan wakil penjual yang betul-betul boleh memberi garis panduan yang tepat, dan anda boleh yakin mendapat kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) yang sesuai, selamat dan selesa.


carseat subsidi MYCRS 2023 Mamaland Crolla Aplha

mamalandmalaysiacarseatsubsidicontact.png


Program MyCRS Car Seat Subsidi/Insentif 2023 - Perlaksanaan Insentif Sehingga RM150 Atas Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Car Seat) 2023    


Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia merupakan satu program subsidi yang dilancarkan pada tahun 2022 untuk tujuan meningkatkan kesedaran antara ibubapa tentang kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat). Melalui program subsidi ini, keluarga golongan B40 adalah layak mendapat subsidi 50% diskaun ataupun diskaun sehingga RM150 apabila membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) terpilih. Program ini bermula pada 1hb Mac 2022 dan telah tamat pada 15hb September 2022.                    

Dengan amat syukurnya, dalam tahun 2023, Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) Keluarga Malaysia akan dijalankan semula lagi. Dalam tahun 2023, golongan keluarga yang akan menerima manfaat ini termasuk golongan B40 dan M40. Kategori keluarga B40 dan M40 yang berlayak akan dapat menuntut subsidi/insentif/diskaun sehingga RM150 apabila membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) yang berlayak.

                   

Skrol bawah sekiranya anda ingin tahu sama ada anda layak untuk mendapatkan subsidi/insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) dan cara untuk buat tuntutan.

carseat subsidi MYCRS 2023 Mamaland Crolla Alpha

mamalandmalaysiacarseatsubsidicontact.png


Siapa layak membuat permohonan?                    

Berdasarkan informasi yang kami mendapat buat masa sekarang, pemohon yang berlayak untuk mendapatkan Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) adalah seperti berikut:

                                                
  1. Penerima bantuan dari kalangan B40 dan M40 kategori isi rumah
  2. Berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada 12 tahun
  3. Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun
  4. Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN                                    
  5. Warganegara yang menetap di Malaysia                                                                                                                      

carseat subsidi MYCRS 2023Macam mana nak membuat permohonan?

Sekiranya anda memenuhi permintaan/kelayakan seperti atas dan ingin membuat permohonan untuk mendapatkan Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS), anda boleh tekan butang di bawah untuk buat permohonan                                     mamalandmalaysiacarseatsubsidi2022semakkelayakankeputusan.png
                                                

carseat subsidi MYCRS 2023 Mamaland babystore

mamalandmalaysiacarseatsubsidicontact.png

Bagaimana boleh semak status permohonan?

Anda boleh tekan butang di bawah untuk menyemak status permohonan Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) anda.  
  mamalandmalaysiacarseatsubsidi2022borangpermohonanmycrs.png          
carseat subsidi MYCRS 2023 MamalandAdakah Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) ini mempunyai had tarik/tarik luput? Berapa lama tempoh sah subsidi?

Tarik pembelian di bawah Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS)2023 ialah 19hb Jun sehingga 30hb Sept 2023, ataupun sehingga insentif/subsidi habis dituntut.                    

Tempoh sah tuntutan subsidi/insentif setiap pemohon adalah dua bulan daripada tarik permohonan berjaya. Setiap pemohon lulus bawah Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) adalah dinasihati untuk membuat tuntutan secepat semungkin untuk mengelak sebarang kekecewaan.

carseat subsidi MYCRS 2023 Mamaland Crolla Nex360

mamalandmalaysiacarseatsubsidicontact.png

Berapa jumlah subsidi/insentif/diskaun yang pemohon Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) layak dapat?

Jumlah subsidi/insentif/diskaun yang diberikan di bawah Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) ini adalah potongan sehingga RM150.
                   

Adakah semua kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) pun akan mendapat potongan harga di bawah Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS)?
Tidak. Pemohon lulus Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) hanya boleh membeli kerusi keselamatan (car seat) yang telah memenuhi piagam keselamatan ECE R dan MIROS/JPJ dengan pihak wakil terlantik untuk mendapat harga potongan/diskaun/insentif. Untuk pengetahuan anda, Mamaland ialah wakil penjual terlantik/kedai bertauliah.

carseat subsidi MYCRS 2023 Mamaland Baby Crolla Alpha

Macam mana pemohon lulus Program Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) boleh membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) dengan pihak wakil?
Amat senang sahaja. Pemohon lulus boleh membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) dengan pihak wakil melalui cara berikut:
                                                
  1. Secara talian (online), seperti estore, Shopee, TikTok, Lazada dan sebagainya
  2. Melawat ke kedai                    

Untuk membuat tuntutan, sila sedia dokumen berikut:-
1. Salinan IC isteri ataupun suami - depan dan belakang
2. Salinan MyKad/birth cert anak (sekiranya diminta)
3. Salinan buku pink (sekiranya diminta)

Proses pembelian/penuntutan subsidi/diskaun/insentif adalah seperti berikut:    

carseat subsidi mycrs 2023

mamalandmalaysiacarseatsubsidicontact.png

                                                

Kenapa mesti beli kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) di Mamaland?
Kedai kami sentiasa ada pegawai COSA (Child Occupant Safety Advisor / Penasihat Keselamatan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak) bertugas untuk membantu anda memilih kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) yang sesuai.

                   

Kami juga mempunyai cara pembelian yang cukup fleksible. Pembeli kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) boleh buat tuntutan dengan kami melalui whatsapp, laman web, Facebook, Instagram, Shopee, TikTok, Lazada ataupun terus melayani kedai kami di Emporis Kota Damansara pun boleh.

                                   
Kami juga mempunyai pelbagai cara bayaran seperti:
1. Secara tunai                  

2. Instant Transfer
3. Kad kredit/kad debit
4. 0% Interest Pelan Ansuran

                   

Selain daripada hadiah percuma untuk setiap pembelian, setiap kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) kami juga ada kebaikan seperti berikut:                  

1. Jaminan keselamatan, warranty

                   

2. 1-to-1 crashed exchange program (penukaran kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) sekiranya rosak akibat kemalangan dalam tempoh jaminan keselamatan)                  

3. Mamaland 12-month Premium Care Plan                

Anda sentiasa boleh berhubungi dengan kami di +60182864941 (admin Yi). Kami sedia bantu.                

*Maklumat atas mungkin akan tukar dari masa ke semasa, berdasarkan panduan yang diberikan oleh pihak MIROS.

mamalandmalaysiacarseatsubsidicontact.png



car seat subsidy 2023 Mamaland babystore_2

mamalandmalaysiacarseatsubsidicontact.png



Related products

Your cart is currently empty.
Continue shopping